NEWS

RISING STRONG: BUILDING SKILLS TO ENDURE HARDSHIP EVENT WAS ARCHIEVE MORE THAN 1000 VIEWER IN FACEBOOK LIVE AND CISCO WEBEX

Counselor articles

Buangkan Topeng Anda

Oleh: Cr. Ahmad Shazwi bin Ahmad Shukri

           Pegawai Psikologi , Universiti Pendidikan Sultan Idris

Adakah kamu menutup dirimu

dengan topeng mukamu?

Hanya untuk mencari perhatian?

Menyembunyi dirimu yang sebenar

daripada dunia?

Menukar personaliti dirimu hanya

menyangka yang kamu akan

mendapat kelebihan?

 

(Puisi ini dipetik daripada majalah Dewan    

 SiswaDisember 2015)

 

Dalam psikologi, istilah personaliti datangnya daripada patah kata ‘persona’ yang membawa maksud topeng. Ini bermaksud, manusia selalunya akan memakai topeng yang berbeza-beza sesuai dengan keadaan yang dihadapinya. Namun sebagai seorang manusia, ada satu ketikanya, kita akan menjadi penat menjadi boneka topeng hanya untuk kepuasan dan kegembiraan orang lain. Jadi dimanakah kegembiraan kita? Siapa pula yang akan meggembirakan kita? Jawapannya adalah dengan menjadi diri sendiri.

Be Yourself!

“Jadilah diri sendiri” mungkin satu perkataan yang kerap didengari dewasa ini. Namun sejauh manakah anda mengenali diri sendiri? Adakah ia mudah? Jawapannya adalah YA! Jom lihat cara mudah untuk menjadi diri sendiri.

  1. Muhasabah diri (Cermin diri)
  • Langkah pertama yang sangat signifikan. Ambil masa untuk diri anda dan tanyakan kepada diri persoalan mengenai:
  1. Siapa aku?
  2. Kelebihan dan kelemahan aku?
  • Impianku
  1. Sokonganku (individu yang sentiasa memberikan sokongan dalam kehidupan)

 

  1. Menerima diri seadanya
  • Bersyukur dan berterima kasih di atas setiap nikmat yang diberi dan sentiasa cuba memperbaiki kelemahan diri dengan kekuatan yang ada pada diri.
  • Menerima diri sebagai manusia yang sentiasa akan melakukan kesilapan namun positif untuk sentiasa memperbaiki diri.

 

  1. Menjadi manusia
  • Berhubung dengan manusia lain dengan menonjolkan diri sendiri
  • Berhenti untuk berpura-pura dalam usaha mendapatkan sesuatu, tetapi tonjolkan kelebihan diri untuk ke hadapan.
  • Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain. Lihat kelebihan orang lain dengan cara yang positif dan pujuk diri untu mencapai impian dengan kekuatan diri anda sendiri.
  • Berhenti menilai orang lain. Sikap menilai orang lain akan mendorong anda untuk menimbulkan persepsi dan perkara negative yang lain. Pandang manusia sebagai manusia dan carilah kebaikan orang lain supaya hati kita gembira melihat kebaikan.

 

Ingin tahu banyak lagi tips mengenali diri?Jom Temui kami di Pusat Kaunseling UPSI. Kami sedia membantu anda.

Stress dan Jenis Stress

Oleh: Cr. Ahmad Shazwi bin Ahmad Shukri

           Pegawai Psikologi , Universiti Pendidikan Sultan Idris

“aku stress nak buat assignment yang banyak ni!”

stress betul aku dengan minah yang sentiasa betul tu”

 

Dewasa ini, masyarakat semakin terbuka dalam menggunakan perkataan stress di bibir mereka. Ia merupakan satu petanda bahawa rakyat Malaysia kini lebih terbuka dan memehamai istilah stress atau tekanan itu sendiri. Cuma sejauh mana pengetahuan kita mengenai stress?

 

Apakah itu stress?

Stress adalah tindakbalas emosi, mental dan fizikal terhadap sesuatu perkara. Perkara yang dimaksudkan ialah apa sahaja yang berlaku yang menyebabkan terjadinya tindakbalas seseorang terhadap perkara itu. Perkara ini dinamakan Stressor. Sebagai contoh :

“aku serabut,sakit kepala nak buat assignment yang banyak ni!”

  • Tindakbalas individu (stress) : serabut, sakit kepala
  • Stressor (punca)         : assignment yang banyak

 

Jenis stress

Tahukah anda bahawa stress itu bukan negatif semata-mata? Tahukah anda stress juga merupakan elemen penting dalam kehidupan seseorang manusia? Jom kenali jenis stress:

Stress terbahagi kepada dua:

  1. Stress Positif ( Eustress)

 

Tekanan positif yang boleh bertindak sebagai motivasi diri – individu menerima stress dengan hati yang terbuka.

 

Contoh:

 

Peperiksaan di universiti. Dengan adanya peperiksaan,,pelajar akan memberikan tekanan kepada diri mereka untuk belajar dan berusah bagi mendapatkan markah yang baik.

3

  1. Stress negatif (Distress)

Tekanan yang berpanjangan, tidak dapat dikawal leh individu itu sendiri dan mendatangkan kemudaratan kepada diri individu itu sendiri.

Contoh:

Bertangguh dalam penyediaan kerja. Apabila sampai di waktu puncak, individu mula akan hilang kawalan emosi, tidak berselera untuk makan, tidak dapat tidur memikirkan kerja yang bertangguh, pemikiran yang kusut memikirkan kerja yang perlu dihantar.

Ingin tahu banyak lagi perkara mengenai stress seperti Cara mengawal stress, kesan stress, simtom stress dan cara menjadikan Distress sebagai Eustress? Jom temui kami di Pusat Kaunseing UPSI. Kami sedia membantu anda.

Pengenalan kepada Kemahiran Insaniah

Oleh: Cr. Ahmad Shazwi bin Ahmad Shukri

           Pegawai Psikologi , Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pandangan umum sering merujuk kegagalan siswazah mendapat kerja disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Hal ini kerana kebolehpasaran setiap graduan dinilai dalam pelbagai aspek. Selain pencapaian akademik cemerlang, mereka perlu mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi termasuk komunikasi secara berkesan dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritis, dan keusahawanan. Pihak majikan pula lebih cenderung mencari bakal pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran tanpa perlu memberi latihan dalam perkhidmatan (in-house training). Ini merupakan rentak terkini dalam pengambilan pekerja oleh majikan, Malangnya, ramai mahasiswa masih alpa dan leka mengenai perubahan rentak ini.

Apakah itu kemahiran Insaniah?

Kemahiran insaniah merupakan set kemahiran yang bertujuan untuk melengkapkan pembentukan insan supaya seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal. Terdapat tujuh kemahiran insaniah (KI) yang telah digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang perlu dikuasai oleh bakal graduan sebelum menempuh alam pekerjaan. Berikut merupakan tujuh kemahiran Insaniah yang perlu dipertingkatkan oleh setiap mahasiswa:

 

1. Kemahiran Komunikasi

2. Pemikiran Kritis & Kemahiran Menyelesaikan Masalah

3. Kemahiran Kerja Berpasukan,

4. Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat

5. Kemahiran Keusahawan

6. Moral Dan Etika Professional

7. Kemahiran Kepimpinan.

 

Penguasaan kemahiran insaniah yang baik selain daripada pencapaian akademik yang cemerlang akan dapat mencerahkan lagi harapan pelajar untuk menonjolkan diri mereka sebagai calon modal insan yang berkaliber dan fleksibel. Ia juga merupakan salah satu nilai tambah yang diperhatikan oleh bakal majikan. Sejauh manakah perkembangan tujuh kemahiran ini dalam diri anda? Sudahkah anda bersedia untuk melangkah ke dimensi seterusnya bersama tujuh kemahiran ini? Jom tingkatkan Kemahiran Insaniah. Temui kami di Pusat Kaunseling UPSI, kami sedia membantu anda.

 

Jom Kenal Apa Itu Kemurungan

Oleh: Cr. Ahmad Shazwi bin Ahmad Shukri

           Pegawai Psikologi , Universiti Pendidikan Sultan Idris

Isu peningkatan pesakit mental di Malaysia yang dilaporkan di dalam media massa masa kini sewajarnya menghadirkan kesedaran dan membuka mata rakyat Malaysia mengenai permasalahan ini. Ia merupakan satu tamparan kepada rakyat Malaysia kerana ia merupakan suatu penyakit yang bukan hanya boleh diubati dengan mengambil ubat-ubatan.

Penyakit mental merupakan penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang lalu mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Kebanyakan kita pernah melalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu merupakan reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Kemurungan klinikal atau major depression adalah satu istilah perubatan yang menggambarkan perubahan emosi yang keterlaluan. Ia bukan lagi emosi normal tetapi suatu penyakit yang perlu dirawat.

TANDA-TANDA PENYAKIT KEMURUNGAN

  1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.
  2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.
  3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
  4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
  5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.
  6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
  7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau merasakan diri tidak berguna.
  8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.
  9. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.

 

Suka untuk diingatkan bahawa kemurungan bukan tanda aras keimanan seseorang. Tidak wajar kita melabel orang yang menghadapi kemurungan sebagai orang yang lemah iman, tidak kuat semangat, atau berkeyakinan rendah. Orang yang beriman, berkeyakinan tinggi dan bersemangat juang tinggi pun berpotensi diserang kemurungan. Kemurungan tiada kaitan dengan lemah pegangan agama dan iman, kerana akal yang telah terjejas tidak boleh berfikir dengan dengan waras.

Kemurungan bukan bermakna seseorang itu “gila.” Kemurungan boleh dibantu dan dirawat. Marilah, dapatkan bantuan yang anda perlukan. Temui kami di Pusat Kaunseling UPSI, kami sedia membantu anda.